Fall Out Boy
Fall Out Boy

Fall Out Boy

Fall Out Boy merupakan kugiran yang ditubuhkan di Wilmette, Illinois, Chicago pada tahun 2001.Fall Out Boy ditubuhkan pada tahun 2001 di kawasan luar bandar Wilmette, Illinois oleh 2 kawan iaitu Pete Wentz dan Joe Trohman.[1] Walaupun dianggap sebagai kugiran pop punk, Fall Out Boy juga disifatkan sebagai pop rock, rock alternatif, emo, emo pop, punk rock dan electropop, dengan unsur elektronik, R&B, soul, funk, hip hop dan hardcore punk. Fall Out Boy berpengaruh dalam kerjaya ahli muzik lain seperti Panic! at the Disco yang Pete Wentz mengundang ke syarikat rakamannya, Decaydance Records, pada akhir tahun 2004. Setakat tahun 2020, kugiran ini sudah menerima 2 pencalonan Anugerah Grammy, yang pertama ialah Ahli Muzik Baru Terbaik pada Anugerah Grammy 2006 dan yang kedua ialah Album Rock terbaik untuk album 2018 mereka MANIA pada Anugerah Grammy 2019.

Fall Out Boy

Berasal dari Wilmette, Illinois, Amerika Syarikat
Syarikat rakaman
  • Island Records
Laman sesawang falloutboy.com
Ahli
  • Patrick Stump
  • Joe Trohman
  • Pete Wentz
  • Andy Hurley
Genre
Tahun aktif 2001–kini